Thursday, June 19, 2014

PROMOSI RAMADHAN DAN SYAWAL 2014: SANTAN SEGAr, KERISIK, KELAPA BIJI & KELAPA PARUT

Assalamualikum warga FB, rakan taulan, para peniaga dan juga pelanggan2 yang dihormati sekalian. 

Bersempena Ramadhan al-Mubaraq seterusnya Syawal yg mulia serta hari2 yg akan datang.

kami dari TNM JAYA ENTERPRISE (CA0095066-K)

membuka tempahan SANTAN SEGAR, KERISIK, KELAPA BIJI, DAN JUGA KELAPA PARUT secara rasmi.

Dengan ini, sesiapa yg memerlukan barang2 tersebut, anda boleh dapatkan di kedai santan segar yg bertempat di JALAN OBOR, BDR PUSAT JENGKA

atau boleh menghubungi no.fon dibawah untuk sebarang pertanyaan. 


012-9890863 (Mizi)
019-9593368 (Yati)
019-9185990 (Wani)
012-9505161 (Ena)


Untuk kawasan sekitar bdr pusat perkhidmatan penghantaran disediakan bermula jam 7pagi

terima kasih


credit pic: Ninie Mizie





Sunday, March 2, 2014

Promo Hebat : Kelapa untuk Santan dan Kerisik

Assalamualikum w.b.t

Setelah sekian lama blog page ini tidak di'update', akhirnya, pagi ini Allah s.w.t. telah memberi idea, dorongan serta nyawa (alhamdulillah) untuk saya menaikkan cerita baru mengenai perniagaan kami.

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, ayahanda dan bonda saya telah pun mengorak langkah sebagai usahawan asas tani yang semakin maju menapak ke puncak...In Sha Allah.

Jadi, untuk entry kali ini...saya nk buat promotion untuk mana-mana pembaca yang terlalu kt page ni @ mmg sengaja nak baca @ mmg cari bahan utk dibaca (tgok tulisan saya dh mula dgn short form...)...=)).

Untuk tahun 2014 ini, kedai kami menawarkan

1- Kelapa bulat
2- Kelapa patik (yg masih bulat tetapi tempurung keras dah xde)
3- Kerisik
4- Juga sewa lori untuk kerja2 pengangkutan
5- Produk Ayam Kampung (on going progress)

Untuk maklumat harga dan kuantiti....boleh hubungi insan-insan di bawah ini untuk sebarang pertanyaan, price negotiation, atau ape2 je la yg berkenaan.

Kami beralamat di Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur

Tarmizi (Mizi) - 016 931 0863
Hayati (Yati) - 019 959 3368
Cik Wani - 017 291 6348

Friday, January 7, 2011

~harga kelapa mahal~

salam pertanian & salam 1 malaysia...
renteten musin tengkujuh yg tengah melanda ni, kita sedia maklum bahawa kelapa sedang melalui musim meluruh....jadi bekalan kelapa di tahap tidak mencukupi untuk menampung bekalan penggunaan kelapa negara....

untuk order kelapa
boleh contact my beloved dad yg incharge jual beli kelapa

Mr Ahmad Tarmizi Said
Pengarah Urusan TNM Jaya Ent.
0199893638

insya-allah kami dapat membantu anda....

Tuesday, August 24, 2010

~signboard~

salam perpaduan dan salam 1 malaysia....
kpd pengunjung blog tnmjaya ent nie.....
ini ana mau kogsi cerita laaaa....
cite pasal papan tanda...tp papan tanda ni dah lama naik...
al maklum sajalah...cik pena hitam busy...tp sejak menjak berbroadband nie....maka dgn itu rajin la admin tnmjaya ent ni mengupdated cerita2 yg berlaku...

ni la papan tanda yg ade kt depan premis tnmjaya ent.....


dannn...sempena bulan kemerdekaan ni...selalunya puan bonda akan meletakkan jalur gemilang di papan tanda ni....ye!! semangat patriotik ye....ha3....
tak sabar rasanye nk balik ke jengka...nk jenguk jentera baru yg dibeli tnmjaya...dan juga nk admin akan mengupload yer gmbar kelapa yg bnyk di tnmjaya ent sempena raya aidilfitri nie...

Sunday, July 25, 2010

~thanks pak ngah~

coretan ini ditulis khas untuk encik ishak anduk hamid atau lebih dikenali sebagai pak ngah, yang juga mantan pengetua koleh 14 upm...terima kasih yg tidak terhingga kepada beliau kerana beliau adalah individu pertama yang sudi untuk membeli dan mencuba produk minyak kelapa dara keluaran syarikat ibu dan bapa saya...dan sehingga ke hari ini juga beliau masih lagi sudi untuk membuat pembelian dengan saya yang dalam pada masa yang sama dapat membantu perbalanjaan saya dengan jualan tersebut...terima kasih pak ngah!!!!

Wednesday, February 11, 2009

MINYAK KELAPA DARA @ VIRGIN COCONUT OIL







MINYAK KELAPA DARA ASLI

Apa itu MINYAK KELAPA DARA (MKD) @ VIRGIN COCONUT OIL (VCO) ?
Minyak kelapa yang dihasilkan daripada proses bioteknologi.
Proses bioteknologi adalah proses dimana MKD @ VCO dihasilkan bukan melalui proses pemanasan
Tidak menggunakan bahan kimia seperti panghasilan minyak masak yang ada di pasaran
Unsur-unsur penting yang tinggi nilai perubatan & kesihatan di dalam MKD @ VCO dapat dikekalkan
MKD @ VCO keluaran syarikat kami diproses melalui proses pancingan dan tidak menggunakan bahan kimia ataupun bahan awetan yang lain.




CIRI-CIRI MKD @ VCO
Dihasilkan daripada kelapa yang segar
Tidak melalui proses RBD ( Refined, Bleaches & Doedorized) seperti minyak-minyak lain
Tidak menggunakan bahan kimia dan pemanasan
Mengekalkan kandungan vitamin E & antioksida-nya
Kaya dengan Asid Laurik (untuk system ketahanan tubuh)
Mengandungi ‘Medium Chain Fatty Acid’, MCFA ( rantai lemak kelas pertengahan


KEISTIMEWAAN MKD @ VCO
MCFA tidak menjadi lemak tubuh dan tidak menyumbat arteri di bahagian dalam tubuh
MCFA akan dihadamkan untuk menjadi tenaga & bukannya jaringan adipos (lemak) dalam badan
MKD @ VCO mengandungi Asid Laurik, Asid Kaprilik & Asid Kaprik yang berupaya untuk membunuh beberapa jenis bakteria, virus & kulat
Asid Laurik dalam minyak kelapa dara memiliki khasiat yang serupa dengan susu ibu yang bagus untuk sistem keimunan
MKD @ VCO juga dapat menambahkan daya ketahanan badan & dapat melawan serangan virus, bakteria & protozoa yang berpotensi membawa pelbagai penyakit
MKD @ VCO juga adalah bahan Pembina Tenaga Segera untul memacu metabolism tubuh ( makanan tambahan)
Ia juga mampu untuk menyembuhkan penyakit kronik seperti hepatitis, koronari dan banyak lagi penyakit lain dengan pengunaan yang berterusan
KEGUNAAN MINYAK KELAPA DARA
Mengurangkan risiko kanser
Membantu sistem ketahanan badan
Melembutkan & melicinkan kulit
Memperbaiki system pencernaan dan penyerapan nutrient
Membekalkan kalori yang seikit berbanding lemak jenis lain
Membantu mengawal ostreoporosis
Membantu mengawal diabetes
Mempercepatkan penyembuhan luka
Dijadikan minyak urutan bayi
Dijadikan sebagai minyak masak yang baik untuk kesihatan
Mengurangkan risiko anteriosklerosis
Membantu melindungi infeksi bakteria, virus & fungus
Membekalkan sumber tenaga segera
Meningkatkan fungsi metabolic
Membekalkan nutrient untuk kesihatan
Membantu mengurangkan berat badan
Menghindarkan penuaan awal & kulit berkedut
Menyihatkan rambut & menghapuskan kelemumur
Berfungsi sebagai bahan anti oksidan yang baik untuk badan